PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT - PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Aktiviti terkini | 07 - 08 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Balairaya Rumah Murah Bukit Kuang dan Pusat Internet Bukit Kuang

Tujuan :
Program “Penyelenggaraan Komputer” kerjasama di antara Jabatan ICT, FKMPT dan MPKK Bukit Kuang serta Pusat Internet Bukit Kuang. Program ini melibatkan pensyarah dan pelajar daripada jabatan ICT, FKMPT serta komuniti Kg. Bukit Kuang. Selain itu, program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan kemahiran penyelenggaraan komputer dalam situasi yang sebenar di samping membantu komuniti kampung khususnya dan penduduk di sekitar Kemaman amnya. Program ini juga dapat memperkenalkan dan mempromosikan Kolej Universiti TATI (TATIUC) kepada masyarakat luar khususnya sekitar Kemaman, Terengganu.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas Pusat Internet dengan komuniti melalui program ilmiah yang diadakan di Pusat Internet.
• Mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet kepada komuniti.
• Merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pusat Internet Kemaman bagi kepada komuniti sekitar.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :