Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI KELAB MALAYSIAKU

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program ini memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar pelajar sekolah. Merupakan kerjasama bersama Pejabat Penerangan Daerah Kemaman & Pusat Maklumat Rakyat. Advokasi berkenaan Klik Dengan Bijak “Tidak Pasti Jangan Kongsi” & Analog Switch Off di peringkat institusi persekolahan....baca selanjutnya

OH MALAYSIAKU… ABANG BOMBA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program ini memupuk semangat kemerdekaan di kalangan anak anak muda . Komuniti setempat juga berpeluang menyaksikan & mempelajari cara-cara & langkah keselamatan ketika terjadi kebakaran....baca selanjutnya

TERENGGANU MERDEKA HIKE

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

8 bukit terpilih di daerah Terengganu bagi mengadakan aktiviti pendakian sempena kemerdekaan. Pada edisi kali ini, Bukit Harimau Menangis menampilkan “Mat Dan” selaku duta alam sekitar Terengganu bagi memeriahkan acara. Pusat Internet telah dijemput bagi menyampaikan taklimat Myfreeview kepada pengunjung & peserta pada hari kejadian....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PERPUSTAKAAN DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Daerah Kemaman dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Kemaman...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Kuang yang disertai oleh belia dan beliawanis, ibu tunggal, suri rumah dan peniaga online...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2019

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Jalinan Kasih Tautan Budi telah diadakan bersama pelajar pendidikan khas. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER KEMAMAN & PROGRAM MY HEALTH

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai program kesihatan My Health dan pemeriksaan percuma kepada pengunjung Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman disamping dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena jamuan hari raya....baca selanjutnya

WORLD QURAN HOUR

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2019

Program World Quranic Hour ini merupakan usaha sama Pusat Internet Bkt Anak Dara, Pusat Internet Binjai, Pusat Internet Gong Chengal bersama Perpustakaan Awam Daerah Kemaman yang berjaya mengumpulkan seramai 110 orang peserta bagi membaca surah al Kahfi.....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah semperna majlis bacaan yassin dan memberi sumbangan sempena bulan ramadhan. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

IHYA RAMADHAN CSR PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan sempena bulan ramadhan dan persediaan perayaan aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kepada pelatih PDK. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

EXPLORACE ANTI DADAH PELAJAR SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

Program Antidadah ini diadakan bagi membentuk pemuafakatan dan kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya dadah di kalangan pelajar sekolah serta mengeratkan hubungan silatulrahim antara pelaja felda cerul bersama AADK & PDRM.....baca selanjutnya

PROGRAM FELDA SEJAHTERA SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 18 April 2019

Pihak Pusat Internet Daerah Kemaman merancang mengadakan beberapa aktiviti galakguna untuk pengunjung yang hadir pada program tersebut. Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat mereka untuk terus mengunjungi Pusat Internet di masa akan datang.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SERI IMAN

Aktiviti Terkini | 15 April 2019

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & Ewaste bersama dengan Perpustakaan Awam Daerah Kemaman pada 15/04/2019. Program ini melibatkan usahasama antara Pusat Internet Bukit Anak Dara, Pusat Internet Binjai, & Pusat Internet Kg Baru Kemasik.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK AYER PUTIH

Aktiviti Terkini | 10 April 2019

Program Advokasi diadakan bersama pelajar SMK Ayer Putih berkenaan keselamatan, etika berinternet, Mobile Ewaste & Check Your Label....baca selanjutnya

BENGKEL PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 31 Mac - 02 April 2019

Kursus Asas Grafik adalah anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman dengan kerjasama PKEM Kemas Daerah Kemaman. Bengkel ini dengan menggunakan medium perisian Adobe Photoshop....baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH EKSPLORASI NETBOOK

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2019

Program usahasama Perpustakaan Desa Kg Darat Kijal bersama Pusat Internet Bukit Anak Dara sempena cuti sekolah. Bertemakan Eksplorasi Netbook, petugas mendedahkan pengunjung Perpustaakan Desa Kg Darat dengan asas menaip melalui beberapa perisian menaip yang dipasang pada setiap komputer buku....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KUALA KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 07 Mac 2019

Program Advokasi bersama dengan Perpustakaan Awam Daerah Kemaman pada 07/03/2019. Program ini melibatkan usahasama antara Pusat Internet Bukit Anak Dara, Pusat Internet Binjai, Pusat Internet Geliga & Pusat Internet Kg Baru Kemasik....baca selanjutnya

Program Advokasi Smk Kg Baru Kerteh

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Program advokasi KDB dan E waste bersama dengan Perpustakkan Awam Daerah Kemaman pada 24/02/2019.Program ini melibatkan 500 orang pelajar ,terdiri daripada tingkatan 1,pendidikan khas hingga ke tingkatan 5 serta dikawal oleh seorang guru bertugas.Program ini adalah lanjutan daripada Pelancaran Gen T Sejahtera & program Nilam pada awal perhimpanan pagi....baca selanjutnya

Booth Pusat Internet Karnival Kijal Sejahtera

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Januari 2019

Pejabat Penyelaras Dun Kijal & anjuran bersama Persatuan Usahawan Program Negeri Terengganu (PUPNT) akan menganjurkan Karnival Kijal Sejahtera diadakan pada 24hb, 25hb & 26hb Januari 2019 bertempat di Bandar Baru Kijal. Program yang berlansung selama tiga hari berturut tersebut telah menjadi medium bagi Pusat Internet mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan serta penggunaan internet yang positif selain berwaspada dengan jenayah siber....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti