Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PELUANG PERNIAGAAN : PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN
Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform Facebook JPK TDM dan Youtube Live JPK TDM UiTMCK yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan mahasiswa UiTM Machang dan juga dihadiri oleh petugas PEDi Kemaman serta orang awam seramai 491 orang secara keseluruhan. Program ini merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman giliran Mini Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kemaman Command Centre (PEDi KCC) sebagai pengelola program bagi bulan Disember 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan galakan kepada semua peserta khususnya kepada para mahasiswa UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform e-dagang yang disampaikan oleh pengurus Mini Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kemaman Command Centre (PEDi KCC)....baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN
Aktiviti Terkini | 20 November 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform Youtube Live JPK TDM UiTMCK yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan mahasiswa UiTM Machang dan juga dihadiri oleh petugas PEDi Kemaman serta orang awam seramai 334 orang. Program ini merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman giliran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kemaman Open Innovation Lab (KOIL) sebagai pengelola program bagi bulan November 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kepentingan Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh pengurus Mini Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan pengurus PEDi Kemaman Open Innovation Lab (KOIL)....baca selanjutnya
PROGRAM BICARA SANTAI : CABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIK
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet yang dihadiri oleh 29 orang pelajar berumur 13 hingga 19 tahun dan juga dihadiri oleh petugas PIK Kemaman serta orang awam seramai 10 orang. Manakala di halaman Facebook pula di tonton oleh lebih 100 orang. Program ini merupakan program bulanan PIK Kluster Kemaman giliran PIK Binjai sebagai pengelola program bagi bulan Oktober 2021. Program bual bicara ini adalah merupakan program motivasi kepada pelajar yang terpaksa melalui fasa pembelajaran secara PdPR dan memerlukan semangat daripada orang sekeliling untuk tidak berputus asa dengan suasana pembelajaran sekarang....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK KEMAMAN 2021
Aktiviti Terkini | 13 September 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet yang dihadiri oleh 49 orang remaja. Mereka merupakan remaja dan juga ahli dari 12 Pusat Internet Komuniti sekitar daerah Kemaman....baca selanjutnya
KURSUS PENGENDALI MAKANAN ONLINE SIRI 5 & 6
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021 & 20 Ogos 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Zoom Meeting yang di beri penerangan oleh tenaga pengajar dari NZ Bunga Venture dan dihadiri oleh usahawan yang berdaftar di bawah Pusat Internet Komuniti...baca selanjutnya
BENGKEL SHOPEE X PIK KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 7,14, 21 & 28 Ogos 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman kerana ia merupakan program bersama anjuran Pusat Internet Komuniti Kemaman. Penggerak utama program ini adalah Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara....baca selanjutnya
PUPUK@SHOPEE ONLINE CLASS X MCMC
Aktiviti Terkini | 2 & 14 Ogos 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Shopee Seller Education Hub yang di beri penerangan oleh tenaga pengajar dari Shopee dan dihadiri oleh usahawan yang berdaftar di bawah Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia...baca selanjutnya
BUAL BICARA KLIK DENGAN BIJAK : REPUTASI DIGITAL & KAWAL SELIA KENDIRI
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2021Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan Pusat Internet Komuniti Kg Wa...baca selanjutnya
PENGURUSAN KEWANGAN : KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?
Aktiviti Terkini | 18 Julai 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara, Pusat Internet Komuniti Kg Wa dan Pusat Internet Komuniti Sg Udang yang ditonton lebih 90 orang....baca selanjutnya
TIPS TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 5 Julai 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan Pusat Internet Komuniti Binjai yang ditonton lebih 80 orang...baca selanjutnya
TIPS BEKERJA DARI RUMAH & KESELAMATAN KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan Pusat Internet Komuniti Binjai yang ditonton lebih 60 orang setakat ini...baca selanjutnya
APA ITU MYCOMMS?
Aktiviti Terkini | 9 Jun 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara, Pusat Internet Komuniti Kg Wa dan Pusat Internet Komuniti Bukit Diman yang ditonton lebih 80 orang setakat ini...baca selanjutnya
APLIKASI MYSEJAHTERA
Aktiviti Terkini | 5 Jun 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan Pusat Internet Komuniti Binjai yang ditonton lebih 60 orang setakat ini...baca selanjutnya
CARA TEBUS TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN DIGI
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara, Pusat Internet Komuniti Binjai dan Pusat Internet Komuniti Kg Geliga yang ditonton lebih 140 orang setakat ini....baca selanjutnya
BUAL BICARA KLIK DENGAN BIJAK : MEMBELI-BELAH DALAM TALIAN & PERMAINAN DALAM TALIAN
Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara, Pusat Internet Komuniti Kg Wa dan dan Pusat Internet Komuniti Padang Kubu yang ditonton lebih 100 orang setakat ini....baca selanjutnya
BUAL BICARA KLIK DENGAN BIJAK : KESELAMATAN KOMPUTER & MAKLUMAT PERIBADI
Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan Pusat Internet Komuniti Kg Wa yang ditonton lebih 70 orang setakat ini....baca selanjutnya
KDB TALK : CHECK YOUR LABEL
Aktiviti Terkini | 25 April 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara dan Pusat Internet Komuniti Kg Wa yang ditonton lebih 80 orang setakat ini....baca selanjutnya
IHYA’ RAMADAN
Aktiviti Terkini | 23 April 2021Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Padang Kubu yang ditonton oleh lebih 200 orang yang dikongsikan di Facebook Page dari 12 PIK Kemaman dan juga page Facebook Menarik Di Kemaman...baca selanjutnya
KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG
Aktiviti Terkini | 18 April 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara yang ditonton lebih 65 orang setakat ini....baca selanjutnya
SCRATCH-MUDAHNYA BINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton lebih 200 orang...baca selanjutnya
VIRTUAL TOUR PUSAT INTERNET KOMUNITI KEMAMAN DAN DUNGUN
Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton lebih 105 orang....baca selanjutnya
TIPS KESEDARAN MENTAL DI RUMAH
Aktiviti Terkini | 20 Mac 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live Pusat Internet Komuniti Kg Bukit Anak Dara yang ditonton lebih 60 orang...baca selanjutnya
PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI DI MUSIM PKP
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021Menyambut baik program yang dianjurkan oleh NGO untuk berkongsi idea dalam sharing session....baca selanjutnya
MOBILE E-WASTE
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton oleh lebih 60 orang.....baca selanjutnya
TAKLIMAT KDB : BULI SIBER, PENGAWASAN KANAK-KANAK DALAM TALIAN & PERANAN IBU BAPA
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2021Memberi pendedahan tentang Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang dianjurkan oleh MCMC....baca selanjutnya
THE BEAUTY IN YOU
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton oleh lebih 100 orang....baca selanjutnya
TAKLIMAT KDB : PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN SIRI I
Aktiviti Terkini | 10 Januari 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton oleh lebih 110 orang.....baca selanjutnya
GRATITUDE | YANG SECUPAK TAKKAN JADI SEGANTANG
Aktiviti Terkini | 3 Januari 2021Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton oleh lebih 250 orang....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya