Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HALANGAN BERNIAGA : YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2020

Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan Facebook Live yang ditonton oleh lebih 250 orang.....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN KLIK DENGAN BIJAK ANJURAN PIK KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2020

Program ini dijalankan di secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet yang dihadiri lebih 100 orang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA #KITAJAGAKITA

Aktiviti Terkini | 6 Disember 2020

Program ini dijalankan di Cyber Hall PIK Kg Bukit Anak Dara yang disertai oleh 13 orang peserta yang berumur dari 7 hingga 12 tahun...baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ONLINE SIRI 4

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2020

Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dibawah pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dihadiri oleh 11 orang peniaga makanan dan minuman...baca selanjutnya

REZEKI BERNIAGA : KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA

Aktiviti Terkini | 22 November 2020

Program ini dijalankan bagi secara atas talian mengikut KPI terbaru dimana petugas perlu membuat program secara Live di Facebook pada setiap minggu....baca selanjutnya

KEMPEN JOM DERMA DARAH DENNGAN KERJASAMA MPKK DAN UNIT TRANSFUSI DARAH HOSPITAL KEMAMAN BERSAMA PUSAT INTERNET BUKIT KUANG

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2020 |

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan derma darah kepada masyarakat iaitu 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa....baca selanjutnya

SEMINAR STRATEGI KEWANGAN PERNIAGAAN ONLINE & OFFLINE

Aktiviti Terkini | 26 September 2020

Menerapkan erti Kemerdekaan dalam kalamgan masyarakat....baca selanjutnya

KARNIVAL SUKAN SEMPENA HARI MALAYSIA PUSAT INTERNET BERSAMA MPKK

Aktiviti Terkini | 19 September 2020

Menyambut baik cadangan daripada agensi swasta untuk sama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik di kawasan luar Bandar....baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ONLINE SIRI 2

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Menyambut baik saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewajibkan semua pemilik premis makanan dan peniaga makanan dan pasar makan agar mengambil kursus ini...baca selanjutnya

APRESIASI MERDEKA DAN RUKUNEGARA

Aktiviti Terkini |28 Ogos 2020

Menerapkan erti Kemerdekaan dalam kalangan masyarakat...baca selanjutnya

BENGKEL BIJAK MATEMATIK

Aktiviti Terkini |15 Ogos 2020

Menyambut baik cadangan daripada agensi swasta untuk sama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar...baca selanjutnya

KURSUS ONLINE PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2020

Menyambut baik saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewajibkan semua pemilik premis makanan dan peniaga makanan dan pasar malam agar mengambil kursus ini...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. ...baca selanjutnya

JELAJAH ADVOKASI KDB EWASTE SK AYER PUTIH

Aktiviti Terkini |18 Februari 2020

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste dan Check Your Label ...baca selanjutnya

PROGRAM KECANTIKAN BERSAMA MARY KAY>

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2020

Program ini memberi pendedahan ilmu tentang kepentingan penjagaan wajah cara Mary Kay, mempelajari teknik penjagaan serta solekan asas wajah di samping dapat Memperkenalkan Pi sebagai ‘Multi Function’ iaitu tidak terhad kepada perkhidmatan asas yang disediakan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti