REZEKI BERNIAGA : KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA

Aktiviti terkini | 22 November 2020

Tempat Aktiviti:
Facebook Live : Page Pusat Internet Kg Bukit Anak Dara

Tujuan :
• Menyambut baik cadangan daripada agensi swasta untuk sama-sama membantu golongan yang ingin memulakan perniagaan terutamanya di kawasan luar bandar.
• Membentuk peribadi usahawan yang bermotivasi dan bersemangat untuk memajukan diri.
• Membantu usahawan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam perniagaan.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi 1 : Rezeki & Kelebihan Berniaga
• Sesi 2 : Soal Jawab


Butiran Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada usahawan untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
• Memberi pendedahan yang baru kepada usahawan untuk menjalankan kursus secara atas talian yang lebih mudah
• Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet
• Menggalakkan pengunjung berkunjung ke Pusat Internet
• Dapat menjalin kerjasama yang baik dengan NGO sekitar
• Memperkenalkan Pusat Internet dan fungsinya kepada komuniti


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.