Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM CYBERRUN EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Program ini dijalankan bersama komuniti bersempena dengan cuti persekolahan...baca selanjutnya

AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 26 November 2023

Program ini dijalankan oleh PEDi Pasir Gajah dan merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman...baca selanjutnya

LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN BAHAGIAN KOORDINASI NEGERI MCMC KE PEDI KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 22 November 2023

Lawatan ke PEDi merupakan salah satu perkara yang dilaksanakan dalam agenda lawatan kerja MCMC bersempena dengan persediaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dalam memastikan liputan telekomunikasi dalam keadaan baik...baca selanjutnya

CELIK IT DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2023

Program ini dijalankan oleh PEDi KOIL dan merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL PUSAT EKONOMI DIGITAL KG GONG CHENGAL

Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2023

Program Mini Karnival ini merupakan aktiviti tahunan bagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gong Chengal. Program ini dijalankan oleh Postal Forum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)...baca selanjutnya

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI NEGERI TERENGGANU 2023

Aktiviti Terkini | 24 September 2023

Program ini dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Terengganu...baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALI MAKANAN SIRI 8

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2023

Program ini dijalankan dengan kerjasama Albarakah Food Management and Training Consultancy Sdn Bhd....baca selanjutnya

KEMPEN KITAR SEMULA BERSAMA KOMUNITI BANDAR BARU KIJAL | PANDU LALU JUALAN BARANGAN E-SISA DAN KITAR SEMULA

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2023

Program ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pusat E-Waste Kemaman dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Kemaman. Program ini dihadiri oleh lebih 1000 orang pengunjung....baca selanjutnya

PROGRAM SANTAI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Program ini dijalankan oleh dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Tabung Haji Kemaman dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)...baca selanjutnya

JELAJAH RAHMAH EFKEYO OPTOMETRY KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2023

Program ini dijalankan oleh Efkeyo Optometry Cawangan Kemaman...baca selanjutnya

TAKLIMAT PENDIDIKAN DAN TEMUDUGA BIASISWA KOLEJ VISION

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023

Program ini dijalankan oleh Kolej Vision, Selangor untuk memberi Taklimat Pendidikan Khas kepada pelajar lepasan SPM dan STPM...baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN MUHIBAH PEDI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Program ini dijalankan dengan kerjasama JPKK Felda Kerteh 5, Perpustakaan Desa Felda Kerteh 5 dan PEDi Kluster Kemaman...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI PEDI CYBERTALKS @SCHOOL

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Program ini dijalankan dengan kerjasama Digi Telecommunications Sdn Bhd...baca selanjutnya

HARI BERSAMA USAHAWAN PEDI KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 30 April 2023

PEDi Gong Chengal merancang untuk memperkasakan usahawan di bawah bimbingan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kearah usahawan digital...baca selanjutnya

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA ALLVISION

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Pusat Cermin Mata Allvision cawangan Dungun berkunjung ke PEDi untuk membuat promosi produk mereka dan juga membuat pemeriksaan mata secara percuma. Program ini dihadiri oleh lebih 20 orang pengunjung dan 3 orang petugas pusat cermin mata Allvision Dungun....baca selanjutnya

PROGRAM OUTREACH KWSP KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

KWSP Kemaman berkunjung pada kali ini untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti berkenaan program-program yang ditawarkan untuk kemudahan komuniti sekitar. Program ini dihadiri oleh lebih 20 orang pengunjung, 4 orang pegawai KWSP Kemaman....baca selanjutnya

KELAS MEROTI HANDS ON : USAHAWAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

PEDi Felda Cerul merancang untuk membuat kelas usahawan digital untuk kelas meroti bagi usahawan sekitar. Program ini juga merupakan program PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Mac 2023. Program ini dihadiri oleh 20 orang peserta dan 10 orang petugas PEDi Kluster Kemaman....baca selanjutnya

SEMINAR PENDIGITALAN USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2023

Mini PEDi Kemaman Command Centre (KCC) dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menjalankan program untuk memberi pendedahan tentang bagaimanan cara menjadi usahawan dan kaedah bagi mengembangkan perniagaan...baca selanjutnya

MINI KARNIVAL JUALAN AMAL PRELOVED MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Aktiviti Terkini | 13-14 Januari 2023

Program ini diadakan di Masjid kampong Bukit Anak Dara pada 13-14 Januari 2023 bersamaan hari Jumaat dan hari Sabtu tepat jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Anak Dara dan mendapat kerjasama daripada AJK Masjid Bukit Anak Dara , AJK Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Anak Dara , dan petugas-petugas PEDi Kluster Kemaman. Program ini diadakan merupakan aktiviti bersama komuniti yang berbentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan juga menjadi aktiviti bulanan bagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Kemaman bagi bulan Januari 2023....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti