MINI KARNIVAL PUSAT EKONOMI DIGITAL KG GONG CHENGAL

Aktiviti terkini |21 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gong Chengal Kemasik

Ringkasan Aktiviti :
• Program Mini Karnival ini merupakan aktiviti tahunan bagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gong Chengal.
• Program ini dijalankan oleh Postal Forum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
• Program ini disertai oleh 327 orang komuniti, 4 agensi iaitu MAIDAM, Farm Fresh, Maxis, Klinik Hijraa dan penglibatan dari 11 PEDi Kluster Kemaman.


Tujuan :
• Mempromosikan PEDi Kg Gong Chengal yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penduduk kampung mendapatkan maklumat-maklumat terkini disamping memperluaskan pengetahuan dalam penguasaan internet untuk kegunaan seharian mereka.
• Memberi pendedahan tentang peranan pos dalam kehidupan seharian,perniagaan serta sumbangannya terhadap pembangunan sosial ekonomi.
• Merapatkan silaturrahim antara penduduk kampung itu sendiri serta pihak pengurusan PEDi Kg Gong Chengal.
• Mempromosikan aktiviti PEDi dan menambahkan ahli PEDi sekali gus menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti PEDi.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak
• Taklimat Klik Dengan Bijak (KBD)
• Pertandingan Fast Typing
• Pertandingan Puzzle Online
• Taklimat pihak Postal Forum MCMC
• Teka bilangan Setem
• Pertandingan Sukaneka Yes/No(Individu Kanak-kanak)
• Pertandingan Sukaneka Jalinan Kasih (Berpasangan Dewasa)
• Pertandingan Sukaneka Mangkuk Ajaib (Berkumpulan Kanak-kanak & Dewasa)
• Pertandingan Sukaneka Isi Straw Dalam Botol (Berkumpulan Kanak-kanak)
• Pertandingan Sukaneka Pijak Belon (Individu Kanak-kanak & Dewasa)
• Pertandingan Sukaneka Kepala,Lutut,Kaki (Individu Dewasa)
• Pertandingan Sukaneka Rantaian Kasih (Berkumpulan Dewasa)
• Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah


Kelebihan Aktiviti :
. • Memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai kewujudan PEDi.
• Komuniti dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan membentuk keperibadian nilai-nilai murni yang baik.
• Memupuk perpaduan antara masyarakat.


Nama VIP :
. • Puan Nurhafizah Hanifah
• Ketua Postal Forum Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC)
• Farm Fresh
• Klinik Hijraa
• MAIDAM Kemaman
• Maxis Bhd


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.