PROGRAM CYBERRUN EXPLORACE

Aktiviti terkini |20 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Kemasik

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan bersama komuniti bersempena dengan cuti persekolahan.
• Program ini adalah anjuran PEDi Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PEDi Kluster Kemaman.
• Program ini disertai oleh 8 orang petugas PEDi dan 24 orang peserta kanak-kanak berumur 15 tahun dan kebawah.


Tujuan :
• Memberi galakan kepada pelajar untuk turut serta dalam program PEDi
• Memberi pengisian aktiviti cuti sekolah bagi kanak-kanak sekitar Mukim Kemasik
• Mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti di PEDi
• Memberi pendedahan Klik Dengan Bijak (KDB) supaya selamat apabila melayari internet
• Mempromosikan S.A.F.E Internet dalam kalangan ahli PEDi


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
• Taklimat mengenai Buli Siber – S.A.F.E Internet
• Pengenalan kepada E-Waste dan kuiz silang kata KDB
• Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan (3 orang bagi satu kumpulan)
• Mempunyai 5 checkpoint dan peserta harus menyelesaikan misi
• Sesi penyerahan hadiah & sesi bergambar


Kelebihan Aktiviti :
. • Mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer bagi urusan harian
• Dapat membimbing dan melahirkan pelajar yang menggunakan teknologi digital, bagi melahirkan pelajar celik IT
• Menjalinkan kerjasama antara semua PEDi di Daerah Kemaman dan memperkenalkan PEDi dan fungsinya kepada komuniti


Nama VIP :
. • Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.