KURSUS PENGENDALI MAKANAN SIRI 8
Aktiviti terkini |20 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Anak Dara, Kemaman
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan dengan kerjasama Albarakah Food Management and Training Consultancy Sdn Bhd.
Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pengendali makanan tentang pentingnya ilmu dalam mengendalikan makanan
• Memberi kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat
• Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
• Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan
• Mempelajari kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
• Mempelajari budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Ujian Pra Kursus Pengendali Makanan
• Taklimat
• Ujian Pos Kursus Pengendali Makanan
• Pengenalan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan
Kelebihan Aktiviti :
.
• Memberi pendedahan kepada pengendali makanan di dalam sektor perkhidmatan dan industri makanan
• Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
• Peserta didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia
Nama VIP :
.
• Haji Mohd Hashim Bin Muda Pengarah Urusan Albarakah Food Management and Training Consultancy Sdn Bhd
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.