Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS ASAS & MARKETING SHOPEE
Aktiviti Terkini | 16 & 17 Disember 2022PEDi KOIL menjadi ketua bagi program bulanan PEDi Kluster Kemaman pada bulan Disember. Seramai 4 orang peserta telah menyertai kelas Shopee dan disertai oleh 6 orang petugas PEDi beserta 1 orang Rakan Digital (RD) PEDi turut bersama-sama menjayakan program tersebut....baca selanjutnya
EDIT FOTO MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 13 November 2022PEDi Kluster Kemaman telah bekerjasama denga KEMAS Kemaman untuk menjalankan kursus kemahiran komputer kepada peserta. Seramai lebih 18 orang peserta dan 5 orang petugas PEDi beserta 2 orang Rakan Digital (RD) PEDi terlibat dalam program tersebut bersama beberapa orang guru KEMAS....baca selanjutnya
SANTAI ANAK MUDA : KKM BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 12 November 2022PEDi Kluster Kemaman dijemput untuk bekerjasama bersama Jabatan Penerangan, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM), JPKK Kg Gong Chengal, dan Sabasun. Seramai lebih 200 orang pengunjung dan 13 orang petugas PEDi beserta 2 orang Rakan Digital (RD) PEDi turut bersama-sama menjayakan program tersebut....baca selanjutnya
KARNIVAL KOMUNITI CERIA
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022Program ini dijalankan dengan kerjasama PEDi dan juga Perpustakaan Awam Daerah Kemaman yang dihadiri oleh lebih 293 orang pengunjung beserta 10 orang petugas PEDi. Program ini merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman yang diketuai oleh petugas Mini PEDi Kemaman Command Centre...baca selanjutnya
KARNIVAL TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA (TMBS) DUN KEMASIK 2022
Aktiviti Terkini | 6-8 Oktober 2022PEDi Kluster Kemaman dijemput untuk membuka pameran produk/perkhidmatan di program yang dianjurkan oleh urusetia Karnival TMBS 2022. Seramai lebih 200 orang pengunjung dan 12 orang petugas PEDi beserta 2 orang Rakan Digital (RD) PEDi yang bergilir-gilir bertugas pada hari carnival diadakan....baca selanjutnya
PROGRAM EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 24 September 2022Program ini dijalankan secara fizikal yang dihadiri oleh lebih 80 orang warga sekitar Teluk Kalong beserta 15 orang petugas PEDi. Program ini dijalankan bagi menyambut baik kerjasama dengan Perpustakaan Desa terdekat....baca selanjutnya
KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN BERSAMA SSM
Aktiviti Terkini | 19 September 2022Program ini dijalankan secara fizikal yang dihadiri oleh lebih 50 orang warga sekitar Kijal dan Kemaman beserta 7 orang petugas PEDi serta 2 orang Rakan Digital PEDi Kemaman. Program ini dijalankan bagi menyambut baik kerjasama yang terjalin bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu....baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN TAHUN 2022
Aktiviti Terkini | 18 September 2022Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) dimana ia adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam nenbendung masalah penyalahgunaan internet. Program ini dijalankan secara fizikal yang dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar beserta 5 orang petugas PEDi...baca selanjutnya
PROGRAM TRASH TO CASH ANDA KITAR, KAMI BAYAR
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh lebih 400 orang warga sekitar Felda Cerul beserta 13 orang petugas PEDi. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Ogos yang dikendalikan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Cerul....baca selanjutnya
ADIK PEDI BOLEH MEWARNA ANJURAN BERSAMA PERPUSTAKAAN AWAM PEKAN KERTEH
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh lebih 150 orang warga sekitar Pekan Kerteh beserta 5 orang petugas PEDi. Program ini dijalankan bagi menyambut baik Pertandingan Melukis & Mewarna yang dianjurkan oleh pihak Digi....baca selanjutnya
KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN ‘SMART PHONE’ SIRI II
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh 6 orang peserta sekitar Kemaman dan Dungun beserta 11 orang petugas PEDi. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Julai yang dikendalikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Padang Kubu....baca selanjutnya
PROGRAM PAMERAN DAN KAUNTER BERGERAK DI PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH
Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh lebih 100 orang pengunjung beserta 13 orang petugas PEDi. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Jun yang dikendalikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Binjai....baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA KEMAS KEMAMAN (KLUSTER KEMAMAN 2022)
Aktiviti Terkini | 29 - 30 Mei 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri seramai 15 orang peserta beserta 15 orang kakitangan KEMAS Kemaman dan 10 orang petugas PEDi Kemaman. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Mei yang dikendalikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Bukit Kuang....baca selanjutnya
PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H/2022M KLUSTER KEMAMAN
Aktiviti Terkini | 16 April 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh 28 orang pengunjung beserta 8 orang petugas PEDi. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan April yang dikendalikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Geliga....baca selanjutnya
KELAS ASAS EDIT VIDEO (FILMORAGO) BERSAMA PELAJAR SMK BINJAI
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh 5 orang pelajar SMK Binjai beserta seorang guru. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Mac yang dikendalikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Anak Dara. Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan peserta diminta untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sehari sebelum datang ke program...baca selanjutnya
KURSUS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN SMARTPHONE
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan petugas PEDi dan usahawan PEDi seramai 14 orang. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Februari yang dikelolakan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Kemasik. Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan MCMC...baca selanjutnya
BENGKEL APLIKASI SHOPEE : CARA MEMBINA AKAUN PENJUAL
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022Program ini dijalankan secara atas bersemuka yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan petugas PEDi dan usahawan PEDi seramai 10 orang. Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Januari yang dikelolakan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5. Program ini dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan peserta diminta untuk melakukan ujian kendiri Covid-19 sehari sebelum datang ke program....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya