KARNIVAL KOMUNITI CERIA
Aktiviti terkini |22 Oktober 2022Tempat Aktiviti:
Mini PEDi Kemaman Command Centre (KCC), Perpustakaan Awam Daerah Kemaman
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan dengan kerjasama PEDi dan juga Perpustakaan Awam Daerah Kemaman yang dihadiri oleh lebih 293 orang pengunjung beserta 10 orang petugas PEDi.
• Program ini merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman yang diketuai oleh petugas Mini PEDi Kemaman Command Centre.
Tujuan :
• Menjalankan program sukaneka bersempena dengan Hari Sukan Negara yang jatuh pada bulan Oktober
• Memupuk semangat bersukan dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga untuk menjaga kesihatan diri
• Menjadi galakan kepada usahawan PEDi untuk berniaga di tapak niaga yang disediakan oleh pihak PEDi Kemaman
• Mempromosikan PEDi dan memperkenalkan PEDi pada komuniti sekitar
• Membantu Rakan Digital (RD) PEDi Kemaman untuk mencapai target usahawan tempatan yang aktif
• Mengasah bakat Rakan Digital (RD) PEDi Kemaman untuk beraktiviti dan mengendalikan program besar melibatkan VIP.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pameran dan brochure berkenaan PEDi dan kursus yang ditawarkan di PEDi
• Aktiviti dan permainan atas talian berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB)
• Aktiviti bersama pelajar iaitu Cari Perkataan Tersembunyi, Susun Kata, Teka Peribahasa, Teka Teki Teka Tekuk, Teka Teki Next Level, Puzzle, Kuiz KDB dan 3D Pyramid
• Pengenalan usahawan-usahawan PEDi dan jualan barangan usahawan
Kelebihan aktiviti :
.
• Dapat memberi manfaat dan pengenalan berkenaan QR Pay kepada usahawan PEDi untuk melakukan transaksi perniagaan dengan lebih pantas dan mudah
• Dapat memberi galakan kepada komuniti sekitar untuk aktif bersukan demi menjaga kesihatan diri dan keluarga
Nama VIP :
.
• Siti Rasyidah Binti Md Rushdi Penolong Pustakawan, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.