PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN TAHUN 2022
Aktiviti terkini |18 September 2022Tempat Aktiviti:
Pusat Sumber Kolej Vokasional Kemaman
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan program Klik Dengan Bijak (KDB) dimana ia adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam nenbendung masalah penyalahgunaan internet.
• Program ini dijalankan secara fizikal yang dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar beserta 5 orang petugas PEDi.
Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran untuk lebih berwaspada dalam melayari media sosial
• Pelajar akan menjadi lebih positif dalam menggunakan internet atau laman sosial
• Mempromosikan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar, guru-guru dan pustakawan.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pameran dan brochure berkenaan PEDi dan kursus yang ditawarkan di PEDi
• Aktiviti dan permainan atas ttalian berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB)
• Pengenalan usahawan-usahawan PEDi dan jualan barangan usahawan
Butiran Aktiviti :
.
• Dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada para pelajar agar lebih berwaspada dalam melayari laman sosial
• Dapat memberi tips kepada pelajar untuk menjadi pengguna internet yang lebih bijak
• Menyambut baik kerjasama antara agensi dalam sektor akademik dengan pihak PEDi
Nama VIP :
.
• Nur Atikah Binti Anuar, Pegawai Teknologi Elektronik, Kolej Vokasional Kemaman
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.