PROGRAM TRASH TO CASH “ANDA KITAR, KAMI BAYAR”
Aktiviti terkini |20 Ogos 2022Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Awam Pekan Kerteh
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan secara bersemuka yang dihadiri oleh lebih 400 orang warga sekitar Felda Cerul beserta 13 orang petugas PEDi.
• Ini adalah program bagi PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Ogos yang dikendalikan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Cerul.
Tujuan :
• Menjadikan PEDi sebagai sumber informasi kepada penduduk setempat
• Mempelbagaikan aktiviti anjuran PEDi dan SKMM amnya
• Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di PEDi
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat
• Menyediakan platform kepada komuniti untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia
• Menyemai semangat cintakan negara dan patriotisma dalam kalangan masyarakat disamping menghayati makna kemerdekaan melalui aktiviti pertandingan bertemakan kemerdekaan yang dianjurkan
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran nama bagi cabutan bertuah
• Jual beli barangan e-sisa oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK)
• Pertandingan Basikal Berhias Bertemakan Kemerdekaan & pelbagai Pertandingan Sukaneka
• Pameran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Cheneh, AMAN Palestin, AR-RAHNU YAPIEM
• Gerai jualan usahawan PEDi
• Gerai Klik Dengan Bijak (KDB)
• Majlis Perasmian program oleh YB ADUN Air Putih
• Penyampaian hadiah sukaneka & bersurai
Butiran Aktiviti :
.
• Menjayakan kempen kesedaran kitar semula e-sisa
• Memberi impak yang baik kepada alam sekitar dan menjaga kesihatan khususnya warga sekitar
• Menyambut baik Kerjasama antara agensi dengan pihak PEDi
Nama VIP :
.
• YB Tuan Haji Ab. Razak Ibrahim,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Maklumat II Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Air Putih
• Encik Manab Bin Jusoh, Ketua Peneroka Felda Cerul
• Encik Ghazali Bin Khazani, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Cerul 1
• Encik Mat Zais Bin Jusoh, Pengerusi JPKK Felda Cerul 2
• Puan Dasia Binti Dollah, Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.