PROGRAM EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Aktiviti terkini |24 September 2022

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Teluk Kalong

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan secara fizikal yang dihadiri oleh lebih 80 orang warga sekitar Teluk Kalong beserta 15 orang petugas PEDi. Program ini dijalankan bagi menyambut baik kerjasama dengan Perpustakaan Desa terdekat.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kesedaran untuk lebih berwaspada dalam melayari internet
• Mewujudkan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotik dalam diri masyarakat sempena Hari Malaysia
• Menjalinkan kerjasama antara PEDi dengan agensi kerajaan
• Menjalinkan kerjasama antara PEDi Kluster Kemaman dan Perpustakaan Desa Teluk Kalong khususnya.
• Memperkenalkan fungsi PEDi kepada komuniti setempat


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran pertandingan explorace KDB dan pengunjung bagi cabutan bertuah
• Pertandingan Gubahan Tuala yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Teluk Kalong
• Pertandingan Mewarna bagi pelajar Tabika Kemas Teluk Kalong
• Taklimat Klik Dengan Bijak dan kuiz
• Explorace Klik Dengan Bijak
• Pameran dan pengenalan kepada Rakan Digital
• Kaunter permohonan i-Belia Terengganu
• Pembahagian hadiah & bersurai


Butiran Aktiviti :
. • Dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada masyarakat agar lebih berwaspada dalam melayari internet
• Dapat memberi tips kepada pelajar untuk menjadi pengguna internet yang lebih bijak
• Menyambut baik kerjasama antara agensi kerajaan dengan pihak PEDi


Nama VIP :
. • Encik Nik Dzuhaniff Bin Nik Dazuki, Penolong Pustakawan Perpustakaan Awam Pekan Kerteh
• Puan Juliana Binti Mohamad Jaafar Pustakawan Perpustakaan Desa Teluk Kalong
• Puan Suharmiza Binti Sulong Pustakawan Perpustakaan Awam Pekan Kerteh
• Encik Mohd Zuki Bin Abdul Ghani Pengerusi JPKK Teluk Kalong


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.