KAUNTER BERGERAK PENDAFTARAN PERNIAGAAN BERSAMA SSM

Aktiviti terkini |19 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dijalankan secara fizikal yang dihadiri oleh lebih 50 orang warga sekitar Kijal dan Kemaman beserta 7 orang petugas PEDi serta 2 orang Rakan Digital PEDi Kemaman.
• Program ini dijalankan bagi menyambut baik kerjasama yang terjalin bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu.


Tujuan :
• Memberi galakan kepada usahawan sekitar untuk mendaftarkan perniagaan di SSM
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) iaitu pendaftaran secara percuma untuk golongan B40 dan pelajar IPT
• Menjalinkan kerjasama antara PEDi dengan agensi kerajaan
• Memperkenalkan fungsi dan aktiviti PEDi kepada komuniti setempat


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran pengunjung kaunter bergerak pendaftaran perniagaan bersama SSM
• Perkhidmatan di kaunter SSM
• Pameran dan pengenalan kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
• Permainan Klik Dengan Bijak dan kuiz
• Pengenalan kepada kursus dan aktiviti yang dijalankan oleh 5star Venture


Butiran Aktiviti :
. • Dapat memberi manfaat kepada komuniti untuk mendaftarkan perniagaan
• Memperkenalkan PEDi dan menaikkan taraf sosio ekonomi masyarakat setempat


Nama VIP :
. • Puan Norazila Binti Ghazali, Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.