Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERKHIDMATAN PASUKAN MOBILE KWSP
Aktiviti Terkini | 05 Disember 2017PI1M telah memberikan perkhidmatan dengan mendekati pelanggan terutamanya kepada pelanggan yang berada jauh dari pejabat KWSP dan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pengunjung, kakitangan PI1M serta pegawai KWSP sepanjang program berlangsung....baca selanjutnya
KUIZ ICT CUTI SEKOLAH KAHOOT
Aktiviti Terkini | 25 November 2017Kuiz ini diadakan bertujuan menguji tahap kepekaan & pengetahuan peserta mengenai informasi teknologi maklumat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta yang terlibat dalam program yg dijalankan....baca selanjutnya
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 21 Oktober 2017Pihak Pusat Internet telah membuka booth untuk memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada orang ramai serta pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir. Haji Rosli Bin Othman selaku ADUN Kemasik....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEK. KEB. PADANG KUBU
Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2017Advokasi Klik Dengan Bijak diadakan kepada pelajar SK Padang Kubu tentang keselamatan berinternet, Mobile Ewaste & Check Your Label. ...baca selanjutnya
BOOTH KARNIVAL KERJAYA KEUSAHAWANAN & KEMAHIRAN TATIUC
Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2017Pusat Internet 1Malaysia telah membuka booth sempena Karnival Kerjaya Keusahawanan & Kemahiran TATIUC...baca selanjutnya
ADVOKASI DI TERENGGANU ADVANCE TECHNICAL INSTITUTE UNIVERSITY COLLEGE
Aktiviti Terkini | 13 September 2017Pusat Internet 1Malaysia Daerah Kemaman telah mengadakan Program Advokasi di TATIUC, Kijal untuk pelajar-pelajar institusi berkenaan...baca selanjutnya
KUIZ MERDEKA
Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2017Aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar untuk menghayati erti kemerdekaan Negara dan mengisi masa pelajar sekolah sepanjang cuti sekolah dengan aktiviti bermanfaat....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI IKBN KEMASIK
Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar IKBN terutamanya tentang media sosial, pentingnya ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia seperti demo 3D Printer....baca selanjutnya
MALAM TERAWIKH RAMADHAN BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017Majlis ini bertujuan meraikan sambutan bulan Ramadhan bersama komuniti setempat dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk setempat....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI1M BUKIT ANAK DARA
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017Tujuan Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan penduduk setempat serta menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti PI1M sekali gus mempromosi aktiviti PI1M dan menambahkan jumlah penyertaan ahli PI1M....baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 04 April 2017Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya
PERTANDINGAN TYPING TEST
Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017Kelebihan aktiviti ini adalah untuk menguji kepantasan menaip/trengkas pelajar-pelajar, menarik minat lebih ramai lagi pengunjung khususnya pelajar sekolah untuk datang ke PI1M, mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta yang terlibat dalam pertandingan menaip ini dan mendidik para pelajar tentang penggunaan teknologi dan internet secara selamat....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA KG BARU 1 ,2 DAN 3
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2017Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Baru Kemasik dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Bukit Kuang, PI1M Binjai, dan PI1M Cherul telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Baru. Seramai 80 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, Tayangan Video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017Pertandingan ini untuk mengenalpasti & mencungkil bakat-bakat mewarna dan kreativiti di kalangan komuniti Kg Bukit Anak Dara dan menarik minat lebih ramai lagi pengunjung khususnya kanak-kanak untuk datang ke PI1M. Selain itu, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta yang terlibat dalam pertandingan mewarna ini dan engisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DAN KDB BERSAMA MURID-MURID TABIKA TOK KAPUR BINJAI
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Binjai dengan kerjasama PI1M Anak Dara, PI1M Geliga, PI1M Kg Baru, dan PI1M Pasir Gajah telah mengadakan Program Advokasi Mesra ICT di Tabika Kemas Tok Kapur. Seramai 27 orang murid Tabika Kemas dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB/Asas ICT, tayangan video, dan aktiviti berkumpulan bersama kanak-kanak Tabika....baca selanjutnya