PELUANG PERNIAGAAN : PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ TUN DR MAHATHIR UITM MACHANG CAWANGAN KELANTAN

Aktiviti terkini |4 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Secara atas talian menggunakan platform Facebook JPK TDM, Youtube Live JPK TDM UiTMCK & siaran langsung di halaman Facebook Page Menarik di Kemaman Idaman

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada pelajar khususnya UiTM Machang Cawangan Kelantan untuk menjana pendapatan sambil belajar menerusi platform atas talian seperti Shopee
• Memberi pendedahan tentang bantuan kerajaan untuk usahawan pelajar seperti Geran Khas Prihatin (GKP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan lain-lain
• Memberi galakan kepada pelajar untuk berdaftar di bawah PEDi berdekatan untuk menyertai program PUPUK@Shopee
• Menggalakkan pelajar menggunakan platform e-dagang Shopee dan platform lain untuk memulakan perniagaan secara atas talian
• Menyambut baik program anjuran bersama agensi luar serta mengeratkan silaturahim yang baik.
• Merealisasikan program bulanan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Dr Mahathir UiTM Kampus Machang, Kelantan


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi 1 : Ucapan aluan dari moderator dan bacaan doa
• Sesi 2 : Slot pengenalan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Kemaman
• Sesi 3 : Sesi perkongsian maklumat tentang perniagaan
• Sesi 4 : Wheel Games : Aktiviti mencari pelajar yang berminat untuk berdaftar sebagai usahawan PEDi


Butiran Aktiviti :
. • Para pelajar serta orang awam mendapat ilmu dan pendedahan tentang asas memulakan perniagaan serta cara untuk menjana pendapatan menerusi platform atas talian seperti Shopee.
• Menjalankan aktiviti bersama mahasiswa dari Kolej Tun Dr Mahathir, UiTM Machang, Kelantan serta ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
• Menyambut baik program anjuran agensi luar bersama dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan program yang diadakan setiap bulan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.