MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti terkini | 07 - 31 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Daerah Kemaman

Pelaksanaan Program :
Semua PI1M yang terlibat akan dijadikan tempat pengumpulan sumbangan barangan untuk mangsa banjir. Semua PI1M yang terlibat akan menghebahkan disetiap komuniti masing-masing. Antara barang sumbangan yang diperlukan termasuklah susu formula, makanan, barang keperluan diri, wang tunai dan sebagainya. PI1M yang terlibat juga akan menyediakan tabung kutipan bencana di setiap PI1M masing-masing.

Pendahuluan :
Program ini dicadangkan serta akan di laksanakan pada 07 Januari 2018, program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat.

Objektif Program :
• Memperkenalkan PI1M pada penduduk setempat dan PI1M juga cakna hal penduduk setempat.
• Menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PI1M dengan penduduk setempat.
• Taklimat Klik Dengan Bijak dan Keselamatan banjir.