LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN, TERENGGANU

Aktiviti terkini | 12 Ogos 2018

Tempat Aktiviti:
Balai Bomba & Penyelamat Bandar Cheneh Bharu, Kemaman, Terengganu

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada staff Pusat Internet cara menggunakan alat pemadam api dengan betul.
• Melatih staff Pusat Internet kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan apabila berlakunya kebakaran.
• Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawap dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.
• Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada staff Pusat Internet kaedah menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran.
• Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada petugas mengenai kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran atau kecemasan.
• Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran.
• Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain.
• Petugas Pusat Internet Daerah Kemaman berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.

Penceramah : Encik Muliady bin Mat Nor (Pegawai Bomba Kanan 11)
Pembantu Penceramah : Encik Fauzi bin Abdullah (Pegawai Bomba)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :