HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)

Aktiviti terkini | 19 Oktober 2018

Tempat Aktiviti:
Penempatan Orang Miskin Kg Batu 4, Dalam Binjai, Kemaman

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur.

Kelebihan Aktiviti :
• Menerapkan BUDAYA SUKAN dalam kalangan masyarakat.
• Memupuk SEMANGAT PERPADUAN dikalangan masyarakat sekitar dan Kakitangan Pusat Internet.
• Memperkenalkan SUKAN RAKYAT atau Sukan Tradisional kepada semua masyarakat dari berbilang kaum.
• Memberi gambaran dan pengalaman sebenar kepada masyarakat dalam menghayati serta menghargai warisan permainan tradisional.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :