Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS BASIC ICT – CANVA EDITING ![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 17 September 2024
Mempelajari asas menggunakan pelayar web Canva dan aplikasi Canva di telefon bimbit bagi menyumting wallpaper telefon bimbit. ...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT – PRESENTATION WITH CANVA
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2024Peserta adalah seorang guru dan merupakan ahli yang berdaftar di NADI...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT – KEMAHIRAN ASAS TIKTOK
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2024Mempelajari aplikasi media sosial yang berkembang pesat dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda iaitu TikTok...baca selanjutnya
BASIC ICT – INTRO & END CREDIT VIDEO USING CANVA
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2024Pelajar sekolah rendah yang juga merupakan ahli yang berdaftar di NADI....baca selanjutnya
BASIC ICT –MENAIP SURAT KIRIMAN RASMI
Aktiviti Terkini | 14 Mei 2024Pelajar sekolah rendah yang juga merupakan ahli yang berdaftar di NADI....baca selanjutnya
BASIC ICT – PERMOHONAN SPA9 SECARA ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 7 April 2024Peserta daripada komuniti sekitar Kijal yang juga merupakan ahli yang berdaftar di NADI....baca selanjutnya
BASIC ICT – SUNTING RESUME
Aktiviti Terkini | 29 Mac 2024Kelas ini dijalankan untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar lepasan SPM untuk memohon pekerjaan dengan cara membuat resume menggunakan Microsoft Office Word....baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN ASAS SHOPPE DAN MOBILE FOTOGRAFI
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024Program ini dijalankan oleh PEDi KOIL dan merupakan program bulanan PEDi Kluster Kemaman bagi bulan Februari...baca selanjutnya
HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Program ini merupakan program kluster Kemaman bagi bulan Januari...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya